Selesai sudah program Titian Muhibbah di antara Indonesia dan Malaysia bertempat di Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Nusantara 5. Pelbagai kiosk pameran dibuka diwakili oleh usahawan-usahawan Malaysia yang telah memperolehi BPOM sebagai langkah membolehkan produk Malaysia dieksport ke Indonesia. Kami sendiri Fyna Global melalui Affan Global turut tidak melepaskan peluang bagi meneroka pasaran Indonesia. Diharapkan ia satu permulaan baik kepada langkah yang lebih besar. In sha Allah